22 Jun 2009

Kenduri Cukur Rambut Puteriku Nurul Jannah

Bacaan berzanji sebelum selawat - banyak tahun dah aku tak berzanji ni...pasal tu kena tengok kitab semula, kalu kat kampung dulu-dulu lancar jer....
Ust Hj Khair selaku Khalifah dan orang lama...
aku pas kat dia je lah.acara selawat

Turut hadir pada masa ini al-fadhil Ust Azamuddin dan Hj Jefri selaku pengerusi masjid Al-hilal..sayang sekali aku tak sempat menjemput imam dan pengerusi masjid pasir putatanmasa untuk makan......


Alhamdulillah, kenduri kali ini berjalan dengan lancar....ramai juga sahabat2 dan jiran2 yang datang....rumahku mula dikunjungi dari jam 1ptg hinggalah maghrib....penat tak terkata, tapi gembira rasanya bila ramai yang datang.....Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran yang meluangkan rasa. Terima kasih tidak terhingga kepada orang kuat
yang berada disebalik tabir kerana sudi menolong kami
menyediakan resepi yang agak special ini.....just cikgu sarizan, kak ma dan nor.....TQ for all....mudah-mudah Allah membri ganjaran setimpal pada kalian...